Friday, March 16, 2012

BERHENTI BERBELANJA.MULAKAN HIDUP BARU :)

Cara-cara Menjadi Pengguna Bijak

Kenaikan harga barangan di pasaran pada masa sekarang begitu ketara. Sebagai pengguna kita perlu bijak berbelanja supaya kewangan kita dapat diurus dengan baik.

Bincangkan cara-cara untuk menjadi seorang pengguna yang bijak.


Masalah kenaikan harga barangan sememangnya begitu ketara pada masa kini terutama di kawasan urbanisasi. Sebagai pengguna kita perlu memiliki sifat-sifat pengguna yang bijak untuk berupaya mengharungi kehidupan sebegini. Maka, kita mempunyai kuasa untuk menentukan barangan itu perlu atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan harian itu.

Pengguna mestilah berjimat cermat untuk menjadi pengguna yang bijak. Kita hanya perlu membeli barangan yang benar-benar perlu dan tidak membazir. Pada masa yang sama barangan yang boleh digunakan semula janganlah dibuang dengan begitu sahaja. Jelaslah, amalan berjimat cermat juga merupakan satu amalan yang mulia yang harus dimiliki oleh semua pengguna.

Selain itu, pengguna boleh mengamalkan amalan menabung sejak muda. Sikap menabung ini boleh menjadi satu kaedah simpanan pada hari depan yang turut boleh dimanfaatkan oleh anak-anak terutama ketika mereka ingin melanjutkan pelajaran mereka kelak. Menabung memberikan satu jaminan kehidupan yang lebih baik kepada pengguna kerana kehidupan ini suka diduga masa depannya.

Malah, pengguna yang bijak tidak akan berbelanja di kawasan-kawasan mewah. Biasanya barangan yang dijual di kawasan mewah lebih mahal harganya bukan kerana kualiti tetapi kerana faktor kawasan, suasana dan sewa kedai yang lebih tinggi menyebabkan kos barang menjadi mahal. Sebenarnya, semua barang hampir serupa sahaja kualitinya tetapi harga yang dijual berbeza-beza mengikut kawasan tertentu.

Berkaitan dengan tidak membeli di kawasan mewah ialah pengguna tidak harus mengutamakan jenama sahaja. Sikap terlalu mengutamakan jenamalah yang membawa pengguna berbelanja besar. Konsep hidup sederhana dan tidak mementingkan aspek kebendaan membolehkan kehidupan pengguna lebih selesa dan tenang tanpa sebarang masalah kewangan pula.

Kesimpulannya, masalah kenaikan harga barang ini boleh diatasi jika pengguna menggunakan akal fikiran ketika berbelanja. Semua perbelanjaan yang dirancang akan mampu memberikan lebih banyak manfaat kepada pengguna. Sikap penggunalah yang menentukan kejayaan mereka dalam mengharungi kemelut kenaikan harga barang.

Saturday, February 25, 2012

berhenti membeli belah. mulakan kehidupan baru :)

BERHENTI MEMBELI BELAH.MULAKAN KEHIDUPAN BARU.:0




  • Lupakan kemahuan yang bukan terdiri daripada keperluan

    • Belilah mengikut keperluan dan juga kemampuan.
    Renung sejenak tajuk diatas dan tanya pada diri sendiri.
    Dab apa keuntungan yang anda dapat dengan berbelanja barangan keperluan tersebut?
    Untuk pengetahuan anda,lebih 20 juta kenderaan telah didaftarkan di Malaysia
    dan rakyat Malaysia berbelanja RM 700 bilion untuk barangan keperluan.
    Inginkah anda menjana pendapatan harian dengan hanya 'maintained' berbelanja petrol/diesel?
    Inginkah anda menjana pendapatan harian dengan hanya 'maintained' berbelanja barangan keperluan?
    Bukan itu sahaja,sekiranya rakan anda berbelanja perkara yang sama,anda juga akan dapat duit.
    Mudah bukan?Tetapi mesti anda terfikir perkara ini mustahil.Dalam fikiran anda mesti terfikir rasional mana nak dapat duit dengan hanya berbelanja.
    Dengan sistem e-dagang kami,perkara yang anda anggap mustahil akan kami buktikan yang anda silap.
    Koperasi pelindung Malaysia antara pemegang saham e-dagang ini.
    Disokong penuh oleh Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.
    E-dagang ini adalah mesra pengguna.Sistem yang bakal terus berkembang pesat dalam waktu terdekat nanti.
    Ia disertai oleh Merchant-merchant yang besar dan terkemuka dan seterusnya sistem e-dagang ini diakui mempunyai prospek yang tinggi pada masa depan.
    Ini bukan skim cepat kaya..Ini adalah sistem untuk pengguna yang bijak.
    Kami akan buktikan segalanya dalam  pelan pemasaran kami.